Thursday, September 22, 2011

Kisah Baba (02) - Kenali Ragam Si Kecil Anda


Apa yang mungkin anda lakukan bila bayi anda menangis?

Arief berusia 1 minggu
Pengalaman sebagai bapa yang baru menerima cahaya mata sememangnya belum kompeten untuk mengendalikan karenah bayi yang baru lahir. Penjagaan bayi diperingkat awal ini memerlukan keprihatinan kita untuk mengetahui secara amali bilakah si kecil perlu kepada perkara-perkara dibawah:





video
Seorang bayi yang LETIH/PENAT dan INGIN TIDUR akan menunjukkan tanda-tanda berikut:
         --------------------------------------------------------------------------
# Bayi akan menangis/mengeluarkan bunyi ‘OWH’.
# Mulut bayi berbentuk ‘O’ dan seperti menguap. 

# Menggosok-gosok mata.
# Bibir mata bayi kemerah-merahan.
# Pergerakan bayi akan tersentak-sentak.
# Menarik telinga.
# Menggeliat.
# Menolak badannya ke atas.
# Menggaru-garu kepala.





Erti AL-Fatihah


[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Kisah Baba (Eposide01) - Anak Adam

Salam Bloggers..
nukilan dari insan

Kewujudan Manusia di Bumi
Nabi Adam a.s dicipta oleh Allah dengan keajaiban dan kemuliaan sebagai bapa umat manusia, Baginda tidak dilahirkan namum generasi Adam dilahirkan di dunia sebagaimana yang telah dijelaskan dalam Al-Quran. Bemulanya kelahiran pertama di dunia, maka bermulalah titik sejarah kehidupan manusia di bumi. Justeru bemulahah era kenabian dan kerasulan para anbia' sehinggalah kewafatan kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w.. Tamadun manusia yang berkembang seiring dengan kelahiran nabi dari kalangan bangsa mereka menjadi pengukur kepada sejarah kewujudan manusia dan bukannya berdasarkan pendapat Darwin yang sama sekali tidak dapat membuktikan teori evolusinya.
Salasilah Nabi dan Rasul



Bahtera Nabi Nuh a.s
Peristiwa banjir besar menjadi titik tolak kepada perubahan kewujudan baru tamadun manusia. Mereka yang beriman kepada Allah sahaja yang selamat di dalam bahtera nabi Nuh a.s dengan setiap pasangan flora dan fauna. Namun, kisah selepas peristiwa banjir besar itu tidak diketahui secara umum dan kini kewujudan manusia lebih depengaruhi oleh kawasan jajahan dan juga kebangsaan


Manusia Akhir Zaman
Kehidupan akhir zaman menjadi petanda besar sebelum berlakunya hari kemusnahan dan kebangkitan semula manusia sebagai hamba Pencipta yang Maha Agung. Kedatangan Imam Mahdi Al-masih dan turunya Nabi Isa bakal mengakhiri kewujudan manusia di Bumi.

Bersama-samalah konvoi ke Syurga..Amin.


Komen dan pendapat anda amat dialukan....

Tuesday, September 20, 2011

10 Most Famous Chefs in the World

Jamie+Oliver in Jamie Oliver Opens New Dinner Show
British chef Jamie Oliver poses for the media prior to the opening of his new dinner show "Das Jamie Oliver Dinner Frankfurt" on January 14, 2009 in Frankfurt am Main, Germany. (Photo by Ralph Orlowski/Getty Images) (Getty Images)more pics »
Ever wonder who the most famous chefs in the world are?  You might be surprised!

We summed up the number of people searching Google for specific celebrity chefs. World-renowned French chef andrestaurateur Joël Robuchon didn't even make the top 10 list.  Jamie Oliver, aka The Naked Chef, was far and away the most searched for chef on the Internet. 

Here's our full list of the 10 most searched for chefs on the Internet.

Jamie Oliver Jamie Oliver - The Naked Chef
Gordon Ramsey Gordon Ramsey - Hell's Kitchen
Rachael Ray Rachael Ray - Food Network Queen
Bobby Flay Bobby Flay - BBQ Throw Down
Wolfgang Puck Wolfgang Puck - Restarant Tycoon
Giada De Laurentiis Giada De Laurentiis - Everyday Italian
Sandra Lee Sandra Lee - Semi Homemade Cooking Author
Mario Batali Mario Batali - Iron Chef champion
Emeril Lagasse Emeril Lagasse - "Kick it up a notch"
Jacques Pepin Jacques Pepin - Famed French chef

Thursday, September 15, 2011

TBS - Ticket Bas Sold-out




Hari ini hari ke-6 puasa sunat Syawal dan waktu berbuka hampir tiba, jam menunjukkan tepat 7.00pm. Aku masih tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas menuju ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan. Laluan dari lebuhraya KESAS dari kedua-dua hala amat sesak sekali ditambah dengan gerimis. 



7.10pm, palang dibuka sejurus tiket parking diambil .Aku meletakkan kereta di tempat biasa dengan harapan sempat berbuka sebelum menaiki bas untuk pulang. Dari tingkat 5 aku turun ke tinngkat 3 untuk membeli tiket bas di kaunter utama. Alangkah hampanya hati apabila aku terpandanag notis "Trip Full", Tiket hari ini telah HABIS. Namun hati ini tetap meletakkan seribu harapan untuk pulang. Aku terus bertanya di setiap kaunter, Bang, tiket ke Kluang ada lagi? Johor?.. tapi semuanya memberi jawapan yang tidak aku inginkan...Dah Habis. 

Berlegar seketika untuk melepaskan hembusan ketenangan, memandanagkan tiada harapan untuk pulang pada malam ini., keputusan diambil untuk pulang di awal keesokan pagi. Trip perjalanan akan bermula 8.00am.

Wednesday, September 14, 2011

Teka-Teki 


A) Apa beza kacang panjang dengan seluar panjang??

B) Banyak-banyak mi, mi ape yang takleh di makan??

C) Ada orang ni nak naik bas.Dia ada 50 sen saja. Tambang bas ke tempat dia nak pegi tu 60 sen. Mcm mana dia nak pegi tempat tu?

D) Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi die nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok ape tumbuh dulu?

E) Burung ape yg boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk ?

F) Tersebut kisah,ada seorang wanita yg menamakan anaknya nama FATIMAH, kenapa ?

H) Tempat apa ini... ... peserta dia pakai uniform, selalu bertambah & tak akan berkurangan?

I) Badannya hijau, matanya merah dan berjalan mengundur, taik warna kelabu taik anjing. apa dia?

J) Macammana nak pegi haji kalau duit tak de?

Jawapan, scroll down. Tapi fikir ler dulu













Jawapan:

A-Seluar panjang kalau dipotong jadi seluar pendek, tapi kacang panjang kalau dipotong tetap namanye kacang panjang aaa...

B. Misai

C. Dia buat muka seposen je..50 sen + 10 sen=60 sen

D. Dua2 tak tumbuh pasal Pak Ali tanam separuh jek..

E. Penguin

F. Sebab anak tu perempuan..huar..huar..huar..

H. Tempat Perkuburan

I. Lingkaran nyamuk Shieldtox

J. Jangan isap rokok. Duit tu kalau kumpul sehari RM5, setahun dah RM 1,800. 10 tahun dah
dapat RM 18,000. Dah boleh pegi haji. ..Lagi.. kurangkan pakai hp.. 

FELDA... Forever Extreme Life Dynamic Adventure (Episode 1)


Episode 1: Land Rover
Dalam Land Rover ini aku dilahirkan
Ya Allah, bayi dah keluar!! pekik jururawat kampung ketika mengiringi seorang ibu yang sedang berhadapan saat kelahiran seorang bayi lelaki dalam perjalanan menuju ke Hospita Kluang dalam kenderaan pacuan 4-roda Land Rover milik Pejabat Felda yang dipandu oleh En. Ma'saat. Tidak sempat pun sampai ke Hospital bayi telah selamat dilahirkan di pertengahan perjalanan diantara Kg.Gajah Jalan Mersing. Lantas, mereka pun berpatah balik ke pendalaman Felda memandangkan keadaaan semuanya selamat.



Rumah FELDA
Ketika itu tiada kemudahan pengangkutan yang baik. Jalan merah batu kelikir menjadi penghubung antara kawsan pendalaman Felda ke Hospital Kluang.Perjalanan yang jauh dan berliku dan berdebu tidak menjadi halangan untuk penduduk Felda berhubung dan mendapatkan bekalan harian.

Keakraban antara penduduk Felda amat dikagumi dan kehidupan mereka bak sebuah keluarga yang besar di dalam sebuah perkampungan peneroka.